.:mula-mula tidak suka, lama-lama suka:.

Anda semua mesti pernah ada perasaan tidak suka akan sesuatu, tetapi selepas menyesuaikan diri terhadap perasaan itu anda jadi suka akhirnya. 

Tidak suka kepada suka. Bukan satu cabaran yang mudah untuk menukarkan antonim pada sinonim. Itu semua memerlukan masa, pemahaman, penerimaan dan adaptasi.

Tidak suka pada suka. Mungkin kepada orang, tempat, makanan, bau, dan lain-lain.

Tetapi, di sini saya ingin menceritakan perasaan tidak suka pada suka bukan tentang seseorang, jauh pula tentang bau. Saya ingin berkongsi tentang makanan.

SUSHI.

sushi amatur yang nampak tidak kemas

Mesti ada di sini yang tidak menyukai, mengemari, mengilai(macam pontianak mengilai pula, maksud saya dari kata akar, GILA 🙂 ). Anda sama seperti saya dahulu. Antara sebab-sebab yang menyumbang perihal ini adalah:

  • SUSHI hanyir, makanan mentah tidak masak yang menggelikan.
  • SUSHI bukan satakat mahu makan, tetapi melihatnya sahaja membuatkan saya mahu muntah.
  • SUSHI membuatkan muka saya yang kelaparan berubah menjadi tidak lalu makan apabila mendengar perkataannya.
  • SUSHI dimakan bersama rencah pedas berapi warna hijau-wasabi. Wasabi pada saya rasanya seperti simen yang sedang dibancuh untuk melekatkan batu-bata dalam pembinanaan rumah atau bangunan.
  • SUSHI makanan orang Jepun yang pernah menjajah kita dan berlaku kejam(saya bukan bersifat anti-bangsa di sini), tetapi saya orang Melayu. Lebih baik saya makan makanan Melayu.
  • SUSHI mesti ada seaweed hijau. Tidak sedap. Saya tidak suka. Ini saya paling benci.
  • SUSHI dimakan menggunakan chopstick. Saya bukan kelahiran anak cina yang sejak lahir tidak pandai menggunakan tangan. Di sini menunjukkan kemalasan saya untuk mempelajari seni-seni ber-chopstick melainkan saya akan bersuamikan seorang apek di masa hadapan nanti.

Berdasarkan sebab-sebab di atas, saya tidak suka SUSHI.

“Dahulu lain,sekarang lain”

Kita berubah mengikut masa, tempat dan keadaan. Mengikut masa, tempat dan keadaan saya sekarang…

“Saya suka SUSHI“.

Sukanya saya kepada SUSHI bukan sahaja tamat di kedai SUSHI sahaja, tetapi bersambung pula di hostel di mana saya dan rakan-rakan membuat SUSHI sendiri dan makan beramai-ramai. Kami sangat gembira makan SUSHI.

Saya ada bukti. Mari lihat bukti-buktinya.

semua tidak sabar-sabar ber-chopstick sushi

 

kali pertama saya buat sushi jenis ini

berebut-rebut membuat sushi

Kesimpulannya adalah, anda akan jadi suka akan sesuatu jika anda cuba memahami dan menyesuaikan diri terhadap sesuatu yang anda tidak suka. Walaupun ia mengambil masa, tetapi hasil yang anda dapat pasti berbaloi.

nota penulis: Saya menulis artikel ini dengan bahasa baku tanpa short-form kerana saya mahu ketawa apabila membaca artikel-artikel saya sebelumnya yang telah dialih bahasa ke bahasa Inggeris. Ini kerana artikel-artikel tersebut penuh dengan bahasa rojak dan short-form. Saya telah mencuba sedaya-upaya seperti sedang menulis karangan Bahasa Melayu. Walaupun begitu, masih ada perkataan-perkataan Inggeris yang malas saya alih bahasakan. Jadi saya hanya italic kan sahaja. Anda boleh cuba dengan men-translatekan page saya nanti. Selamat ketawa. Jangan lupa cuba di page anda juga jika anda menpunyai blog sejenis saya. Pasti menarik sehingga membuatkan anda mahu menulis satu artikel baku seperti saya.

🙂

Advertisements

4 Comments (+add yours?)

  1. t0iek
    Dec 25, 2009 @ 21:44:35

    sayalah ketua chef sushi….ekekekkekekekke~

    Reply

  2. misstoureiffel
    Dec 25, 2009 @ 21:46:46

    sapa lantik hang nih?hang lantik diri sendirik ke hapa?
    iskh2..

    Reply

  3. t0iek
    Dec 27, 2009 @ 10:20:07

    biaq p!
    sekali skala aku nak jugak gila kuasa..
    wakakkakakakkakakakka!~

    Reply

  4. misstoureiffel
    Dec 27, 2009 @ 10:31:45

    GK!
    hang tau apa mksudnya C..hehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: