.:mula-mula tidak suka, lama-lama suka:.

Anda semua mesti pernah ada perasaan tidak suka akan sesuatu, tetapi selepas menyesuaikan diri terhadap perasaan itu anda jadi suka akhirnya. 

Tidak suka kepada suka. Bukan satu cabaran yang mudah untuk menukarkan antonim pada sinonim. Itu semua memerlukan masa, pemahaman, penerimaan dan adaptasi.

Tidak suka pada suka. Mungkin kepada orang, tempat, makanan, bau, dan lain-lain.

Tetapi, di sini saya ingin menceritakan perasaan tidak suka pada suka bukan tentang seseorang, jauh pula tentang bau. Saya ingin berkongsi tentang makanan.

SUSHI.

sushi amatur yang nampak tidak kemas

Mesti ada di sini yang tidak menyukai, mengemari, mengilai(macam pontianak mengilai pula, maksud saya dari kata akar, GILA ūüôā ). Anda sama seperti saya dahulu. Antara sebab-sebab yang menyumbang perihal ini adalah:

  • SUSHI hanyir, makanan mentah tidak masak yang menggelikan.
  • SUSHI bukan satakat mahu makan, tetapi melihatnya sahaja membuatkan saya mahu muntah.
  • SUSHI membuatkan muka saya yang kelaparan berubah menjadi tidak lalu makan apabila mendengar perkataannya.
  • SUSHI dimakan bersama rencah pedas berapi¬†warna hijau-wasabi. Wasabi pada saya rasanya¬†seperti simen yang sedang dibancuh untuk melekatkan batu-bata dalam pembinanaan rumah atau¬†bangunan.
  • SUSHI makanan orang Jepun yang pernah menjajah kita dan berlaku kejam(saya bukan bersifat anti-bangsa di sini), tetapi saya orang Melayu. Lebih baik saya makan makanan Melayu.
  • SUSHI mesti ada seaweed hijau. Tidak sedap. Saya tidak suka. Ini saya paling benci.
  • SUSHI dimakan menggunakan chopstick. Saya bukan kelahiran anak cina yang sejak lahir tidak pandai menggunakan tangan. Di sini menunjukkan kemalasan saya untuk mempelajari seni-seni ber-chopstick melainkan saya akan bersuamikan seorang apek di masa hadapan nanti.

Berdasarkan sebab-sebab di atas, saya tidak suka SUSHI.

“Dahulu lain,sekarang lain”

Kita¬†berubah mengikut masa, tempat dan keadaan. Mengikut masa, tempat dan keadaan saya sekarang…

“Saya suka SUSHI“.

Sukanya saya kepada SUSHI bukan sahaja tamat di kedai SUSHI sahaja, tetapi bersambung pula di hostel di mana saya dan rakan-rakan membuat SUSHI sendiri dan makan beramai-ramai. Kami sangat gembira makan SUSHI.

Saya ada bukti. Mari lihat bukti-buktinya.

semua tidak sabar-sabar ber-chopstick sushi

 

kali pertama saya buat sushi jenis ini

berebut-rebut membuat sushi

Kesimpulannya adalah, anda akan jadi suka akan sesuatu jika anda cuba memahami dan menyesuaikan diri terhadap sesuatu yang anda tidak suka. Walaupun ia mengambil masa, tetapi hasil yang anda dapat pasti berbaloi.

nota penulis: Saya menulis artikel ini dengan bahasa baku tanpa short-form kerana saya mahu ketawa apabila membaca artikel-artikel saya sebelumnya yang telah dialih bahasa ke bahasa Inggeris. Ini kerana artikel-artikel tersebut penuh dengan bahasa rojak dan short-form. Saya telah mencuba sedaya-upaya seperti sedang menulis karangan Bahasa Melayu. Walaupun begitu, masih ada perkataan-perkataan Inggeris yang malas saya alih bahasakan. Jadi saya hanya italic kan sahaja. Anda boleh cuba dengan men-translatekan page saya nanti. Selamat ketawa. Jangan lupa cuba di page anda juga jika anda menpunyai blog sejenis saya. Pasti menarik sehingga membuatkan anda mahu menulis satu artikel baku seperti saya.

ūüôā

Advertisements

aku rasa ini lawak

si zahid baru bgn dr tido…

zahid:”nad,ko dh mandi ke baru mandi?”

aku(bru kua toilet tuala di bahu):”ape bezenye due2 soklan tuh?”

zahid:”xdela,klo x aku nk mandi la…

mamai la c zahid..die lupe nak tmbah perkataan nak between baru…(ngn)…mandi kan?

ūüėÄ

laughter the best medicine (hahahahahahaha)

Murid Dan Cikgu
Seorang murid yang nakal bertanya pada guru fiziknya yang garang.

Murid : Cikgu! Saya ada soalan.

Cikgu : Apa dia?Murid : Sebuah lilin yang menyala kemudian ditutup dengan gelas, lilin tersebut padam.Mengapa cikgu?

Guru : Sebab tidak ada udara di dalam gelas.Murid : Salah!

Guru : Habis tu?Murid : Membuktikan bahawa kita tidak ada kerja nak buat.
Banjir
Ady adalah budak darjah 3 yang sudah tiga hari tidak masuk sekolah. Setelah masuk sekolah, Cikgu bertanya kepada Ady.

Cikgu : Ady, sini kamu! mengapa kamu tidak masuk sekolah selama tiga hari?

Ady : Anu cikgu… Kampung saya banir.

Cikgu : Jadi kamu membantu mereka?

Ady : Tidak cikguCikgu : Jadi apa yang kamu buat?

Ady : Belajar berenang cikgu.
Penjual Jam
Di sebuah kota kecil hiduplah seorang pemuda Arab yang bekerja sebagai penjual jam. Di depan kedai beliau tertulis “JAM 3000, DIJAMIN TIDAK ROSAK” Kemudian ada seorang mak cik membeli jam tersebut, dan baru beberapa minit tiba-tiba jam tersebut mati.Lalu mak cik itu kembali kedai tersebut dengan hati yang panas.”Hey… Jamnya rosaklah.. kata dijamin tidak rosak”.Lalu Pemuda itu menjawab dengan slamba,”Aiks!…Orang Arab kan membacanya dari kanan”. ( Rosak Tidak Dijamin )
Dilarang Merokok
Balik saja dari kerja aku singgah ke shopping kompleks berdekatan untuk membeli ubat, kerana terlalu ramai orang beratur membeli ubat, aku singgah sekejap membeli rokok di kedai bersebelahan.Jenuh menunggu aku terus membuka dan menghisap rokok di situ. Baru jer isap spam dua… Security disitu menegur aku. “Maaf Encik di sini kawasan larangan merokok”.Aku terkejut dan berasa malu setelah ditegur oleh security tersebut. Untuk cover malu aku terus menjawab “Apasal plak tak buleh hisap rokok, Aku beli rokok ni kat situ (Sambil menunjuk kedai rokok sebelah). kalau macam tu janganlah jual rokok kat sini. Jawabku yang penuh dengan yakin.Aku ingat Security tu akan berasa gentar namun firasat ku meleset, dia menjawab “Encik!!! Kita kena ikut peraturan, kedai sebelah tu pun ada jual kondom tapi tidak ada orang yang melakukan seks di sini kan?

guling-guling lagi.

aku xde keje nk bwt.boring.hehe.

Next Newer Entries